Sukan

Berita baik, syarikat konglomerat terbesar negara selangkah dapat hak tajaan Euro 2024

SEBUAH syarikat gergasi negara yang sebelum ini dikhabarkan ingin menaja hak penyiaran kejohanan bola sepak, Piala Eropah 2024 atau Euro 2024 difahamkan sedang dalam proses akhir untuk menjayakannya.

Selepas beberapa penambahbaikan dalam dokumentasi selesai, ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi syarikat gergasi negara berkenaan difahamkan sebulat suara akan menyerahkan surat tunjuk minat sebelum diserahkan kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Selasa.

Menurut sumber syarikat, kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi cukup teruja untuk memastikan hak siaran langsung Euro 2024 dapat dibawakan secara percuma buat jutaan rakyat Malaysia dengan ia akan jadi alternatif untuk mereka menikmatinya tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.