PESTA Kaamatan atau Pesta Menuai yang disambut pada 30 Mei setiap tahun antara perayaan ditunggu-tunggu oleh rakyat di negeri Sabah terutama bagi suku kaum Kadazan-Dusun.
Perayaan dikenali sebagai Tadau Kaamatan itu merupakan pesta tradisi sejak turun temurun bagi sbagi menghormati ‘Bambazon’ iaitu menghormati ‘Semangat Padi’ dan mula diadakan di Sabah pada tahun 1960.
Walaupun perayaan berkenaan kebanyakannya disambut oleh Kadazan-Dusun namun kini ia turut disambut dengan penuh meriah oleh semua etnik lain di Sabah dan termasuklah masyarakat di negeri lain.