Sukan

Bergelut rebut slot top 3 Liga Super, ada baiknya Sabah tagih khidmat Tan Cheng Hoe

SELEPAS Sabah FC kehilangan khidmat jurulatih berpengalaman Liga Malaysia (Liga M) Datuk Ong Kim Swee, skuad The Rhinos tampak bergelut untuk memberi aksi konsisten dalam saingan liga dan kejohanan Piala Malaysia.

Kim Swee memutuskan untuk menyertai pasukan Indonesia, Persis Solo pada November lepas dan khidmatnya digantikan oleh Marin Stano dengan kontrak jangka pendek sehingga penamat musim Liga Super 2024/2025.

Bagaimanapun, pengendali Slovakia itu masih belum mencapai tahap kepuasan penyokong selepas gagal membantu The Rhinos mara ke pentas final Piala Malaysia susulan tewas 2-3 secara agregat di tangan Sri Pahang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh