PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad akui akan berdepan aksi sukar menentang Penang FC pada Ahad ini dengan kedua-dua kelab berkenaan ingin merebut tiga mata berharga bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing di saingan Liga Super.
Legenda bola sepak Singapura itu berkata, beberapa pemain Penang FC mempunyai kelebihan dari segi fizikal, yang mana ia akan memberi kelebihan untuk menghalang mereka daripada mendapatkan kemenangan di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Ahad.
“Pertandingan ini nampak senang tapi memang susah. Mereka (Penang FC) pun nak menang main di empat sendiri. Nak baiki kedudukan mereka sama seperti kita nak sampai ke tahap kelima atau mungkin fight untuk keempat.