SKANDAL tujuh pemain warisan Harimau Malaya jelas mencalar nama baik bola sepak tanah air dengan sehingga kini status kesemua tonggak itu masih samar-samar bersama skuad kebangsaan.
Tujuh pemain yang terlibat ialah Gabriel Palermo, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel serta bintang Depertivo Alaves iaitu Facundo Garces.
Masalah itu bukan hanya menjejaskan peluang mereka untuk menyarung jersi Malaysia, malah ia juga seolah-olah menutup ‘periuk nasi’ tujuh pemain itu berikutan dikenakan sekatan bermain selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).






