KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) dijangka akan mengumumkan senarai pemain mereka selepas perayaan Aidiladha sekiranya permohonan rasmi mereka untuk menyertai Liga A1 Semi Pro 2025/26 disahkan.
Menurut sumber, kelab yang telah diswastakan itu sedang melengkapkan dokumen yang diperlukan sebagai syarat kelulusan bersyarat oleh penganjurnya, Liga Bola Sepak Amatur (AFL).
“Ya, KDA FC sudah hantar permohonan rasmi menyertai Liga A1, namun seperti yang diumumkan pihak AFL, kelulusan bersyarat.






