LEGENDA bola sepak Sarawak, Jalil Ramli tidak menolak sebarang kemungkinan yang Kuching City FC dapat menghasilkan kejutan mara ke perlawanan akhir Piala FA.
Walaupun tumpas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir pertama, 9 November lalu, Jalil berasakan Kuching masih mampu memberikan saingan serupa kepada Harimau Selatan pada timbal balik, 30 November kelak.
Bagi pemenang Piala FA bersama skuad Bujang Senang pada 1992, walaupun Kuching masih di belakang JDT dari segi kualiti namun mereka menunjukkan keberanian untuk bersaing.






