SELURUH Malaysia berbangga melihat atlet negara segak dan bersemangat melangkah ke pentas Olimpik Paris 2024 yang membuka tirainya secara rasmi pada awal pagi Sabtu.
Sukan Olimpik edisi ke-30 melakar sejarahnya tersendiri apabila tuan rumah Perancis menyambut kedatangan delegasi 205 negara dengan Perarakan Negara-Negara mengelilingi Sungai Seine.
Menerusi siaran secara langsung pembukaan Olimpik Paris 2024 yang dapat disaksikan di seluruh dunia, kontinjen Malaysia dilihat diwakili enam atlet dan empat pegawai.