Sukan

Belum main tapi dah tahu kalah antara punca kemeriahan penyokong ke stadium merudum

TIDAK tahu mana silapnya apabila rekod kehadiran penyokong di setiap venue perlawanan khususnya Liga Super akhir-akhir ini cukup membimbangkan. Situasi itu seolah-olah memberi bayangan Liga Malaysia (Liga M) akan terkubur.

Paling ketara apabila penurunan drastik kehadiran penyokong dapat dilihat pada aksi minggu ke-19 Liga Super yang menyaksikan tidak sampai 10,000 peminat pada lima perlawanan baru-baru ini.

Berdasarkan semakan, aksi antara Penang FC dan Selangor FC di Stadium Bandaraya merekodkan 2,198 penyokong. Manakala, jumlah kedua tertinggi adalah babitkan perlawanan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan jumlah 2,046 peminat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh