Sukan

‘Belum jumpa pintu gol’, 3 import Liga Super masih buntu cetak jaringan pertama

EMPAT perlawanan telahpun berlangsung dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2025/2026, namun masih terdapat beberapa penyerang import dari beberapa kelab utama yang masih gagal mencetak sebarang gol untuk pasukan masing-masing.

Situasi itu bukan sahaja mencetus persoalan tentang ketajaman mereka di atas padang, malah turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong.

Sebagai pemain yang diharapkan menjadi penggempur utama, kemandulan di depan gol selepas empat perlawanan pastinya mengecewakan, apatah lagi apabila mereka turut gagal menyumbang sebarang bantuan jaringan (assist) setakat ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh