SALAH satu kunci utama di sebalik kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak ditubuhkan adalah kehadiran bintang import yang jarang mengecewakan.
Buktinya, jika dilihat musim lalu sahaja, skuad Harimau Selatan memiliki sembilan pemain luar negara dengan masing-masing memainkan peranan penting di posisi tersendiri.
Malah, sekiranya diimbau ketika kelab berkenaan baru sahaja menempa nama dalam arena bola sepak tanah air, terdapat beberapa nama yang pastinya sukar dilupakan penyokong.







