LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Khamis mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang sudah tamat tempoh jawatannya baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, badan pengelola bola sepak negara itu secara rasmi melantik bekas Delegasi LaLiga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi untuk mengisi kekosongan itu.
“Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, keputusan melantik Pompili Rossi dibuat berdasarkan pengalaman yang ada padanya dalam industri bola sepak sejak 2013 sehingga kini.






