Sukan

Bekas kiper negara terlibat kemalangan, kini stabil di PPUM

PERKHABARAN duka diterima peminat bola sepak tempatan apabila bekas penjaga gol negara, Azizon Kadir terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan serius pada Ahad.

Dalam sebuah hantaran dikongsikan laman HarimauMalaya, beberapa kesan luka kelihatan di tubuhnya, namun tidak dapat dipastikan keadaan semasa Azizon yang sedang menerima rawatan.

“Dikhabarkan bekas penjaga gol kebangsaan, Azizon Kadir mengalami kemalangan jalan raya. Dia kini difahamkan berada dalam keadaan stabil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Semoga diberikan kekuatan dan kesembuhan. Sama sama kita doakan, insya-ALLAH,” tulisnya. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh