BEKAS penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Al Hafiz Hamzah, kini memulakan lembaran baharu dalam dunia bola sepak apabila menyertai Perlis City FC sebagai sebahagian daripada barisan kejurulatihan kelab tersebut.
Al-Hafiz yang kini berusia 41 tahun itu merupakan penjaga gol Harimau Selatan sejak musim 2013 hingga 2016 dengan dia membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih pada 2015, dan juara Liga Super untuk musim 2014 dan 2015.
Lebih menarik, Al-Hafiz akan berganding bahu dengan bekas pemain tengah Kedah iaitu Faizal Abu Bakar yang juga dikhabarkan akan memikul tanggungjawab sebagai sebahagian barisan kejurulatihan pasukan itu.