NEGERI Sembilan FC (NSFC) dikatakan sedang mengintai khidmat bekas pemain pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Adrijan Rudovic bagi memperkukuh benteng pasukan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2025.
Menerusi perkongsian pemerhati sukan, T. Avineshwaran di platform X, pemain import dari Montenegro itu kini dalam radar pasukan kendalian Mohd Nidzam Jamil apabila kontraknya bersama KL City tidak disambung pada awal musim lalu.
“Difahamkan bahawa pasukan Negeri Sembilan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Kuala Lumpur dari Montenegro, Adrijan Rudovic,” ciapnya.






