Sukan

Bekalan selesa 5 gol, tak salah Nidzam Jamil turunkan 3 senjata ‘terpendam’

NEGERI Sembilan FC (NSFC) di awal musim ini antara pasukan yang memberi banyak kejutan apabila menjadi pasukan pertama membolosi gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Iskandar Puteri, Johor dengan tiga gol. 

Walaupun tewas 3-5, skuad Jang masih menerima banyak pujian daripada penyokong bola sepak domestik susulan cara permainan mereka yang berani melakukan serangan bertali arus ke kem Harimau Selatan.

Bukan hanya cemerlang di saingan Liga Super dengan meraih satu menang, satu seri dan satu kekalahan tetapi skuad kendalian Nidzam Jamil itu juga menjadi pencabar hebat dalam saingan Piala FA. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh