Sukan

Bek tengah Belanda dedah pindah ke Terengganu demi capai impian bersama Indonesia

DEMI mendapat panggilan menyertai pasukan kebangsaan Indonesia, Matthew Steenvoorden mendedahkan terbuka untuk beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama Terengganu FC (TFC).

Selain misinya yang ingin memikat pengendali skuad Garuda, Shin Tae-yong, pemain pertahanan tengah tersebut juga mahu merasakan atmosfera bermain di Asia selepas pengalamannya banyak beraksi di liga Eropah.

“Sebab saya (menyertai kelab Malaysia) adalah kerana saya ingin merasai pengalaman liga Asia, kerana saingan di sini berbeza dengan Eropah. Saya ingin tahu bagaimana rasanya tinggal di sini bersama keluarga dan menikmati kehidupan di sini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.