Sukan

BATC2024: Skuad negara megah langkah ke final, bakal berdepan China pada Ahad

SKUAD badminton lelaki negara mempamerkan persembahan terbaik dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 setelah melangkah ke perlawanan akhir.

Kejayaan itu menyaksikan mereka hanya selangkah untuk mempertahankan kejuaraan selepas muncul juara dalam edisi lalu yang diadakan pada 2022 di venue sama, iaitu Shah Alam, Selangor.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) pada Sabtu, pasukan negara memastikan tempat ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Jepun menerusi kemenangan 3-1.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh