KELAB Liga Super, Kelantan Darul Naim (KDN) FC terpaksa melakukan tindakan sukar dengan tidak beraksi di laman mereka sendiri bagi pertemuan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh pihak kelab pada Khamis, KDN memohon kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk penukaran lokasi perlawanan antara kedua-dua kelab kepada Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri yang dijadualkan pada 22 September.
Permohonan tersebut dibuat atas faktor gelanggang rasmi Sang Kijang Emas, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu masih dalam proses baik pulih.





