BAPA kepada bintang Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid meninggal dunia seperti mana dikongsikan pemain itu di laman Instagram peribadinya.
“Assalamualaikum, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah saya, Rasid Sulong yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat,” tulisnya ringkas.

Hantaran di Instastory Safawi mengenai berita pemergian bapanya.
Rasid yang berusia 69 tahun sebelum ini sering memberikan sokongan moral terhadap Safawi dengan mengirimkan kata-kata semangat buatnya.





