BEBERAPA pemain Kuching City FC berhasil menambat hati pengendali interim Harimau Malaya, Pau Marti Vicente selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan domestik.
Berdasarkan prestasi semasa dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia baru-baru ini, nama pemain seperti bek kanan, Jimmy Raymond, Nur Shamie Iszuan selaku penyerang sayap dan tonggak pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah.
Ketiga-tiga pemain itu sering tersenarai dalam kesebelasan utama Kuching City dan berhasil membantu pasukan Borneo tanah air itu berada pada kedudukan kelima saingan Liga Super.






