WALAUPUN Malaysia berjaya mendapatkan kejuaraan di Kejohanan Dunia baru-baru ini, ia tidak melunturkan misi utama mereka yang bersifat jangka panjang.
Misi tersebut adalah untuk membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik 2028 yang bakal diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata, memenangi Kejohanan Dunia menerusi beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei adalah manis namun fokus utama masih belum dicapai.






