KELAB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dilaporkan akan membawa pemain baharu bagi menguatkan skuad mereka.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu dilaporkan akan membawa pemain dari Korea Selatan iaitu Park Jun-heong yang beraksi di kelab Thailand, Ratchaburi FC.
Pemain berketinggian 1.92 meter itu merupakan seorang pertahanan tengah yang juga boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder).