Sukan

Azlan Alias kena ‘sound’, potensi dihukum gara-gara wakili Melaka Titans lepas disaran berehat

PEREJAM sepak takraw negara, Azlan Alias berdepan kemungkinan tindakan disiplin selepas didapati beraksi bersama pasukan Melaka Titans dalam saingan divisyen satu Liga Sepak Takraw (STL) baru-baru ini walaupun masih dalam tempoh rawatan pemulihan kecederaan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negara (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Azlan yang tidak mengikut nasihat Institut Sukan Negara (ISN) untuk berehat antara empat hingga enam minggu bagi menjalani rawatan fisioterapi.

Menurut beliau, laporan perubatan ISN menunjukkan Azlan yang dilanda kecederaan semasa kempen Piala Asia 2025 dalam proses pemulihan dan seharusnya tidak kembali ke gelanggang dalam masa terdekat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh