PERSEMBAHAN cemerlang pasukan Perak FC dalam saingan Piala Malaysia 2024 mendapat perhatian daripada penyokong The Bos Gaurus untuk skuad kendalian Yusri Che Lah itu mencatatkan kemenangan dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Manjung, Perak pada Jumaat (13 Disember).
Jangkaan penyokong Perak itu hadir selepas Sang Seladang melangkah ke pusingan suku akhir dengan keputusan agregat 6-1 menumpaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).
Ini dibuktikan dengan hantaran #wajibmenang dalam ruangan komen media sosial rasmi Perak FC mengenai perlawanan menentang Sri Pahang FC yang sebelum ini menumpaskan Selangor FC.