Sukan

Atlet terjun otai perjelas isu ‘tangan ghaib’, tampil pertahan Pandelela

ISU ‘entiti’ yang didedahkan Datuk Pandelela Rinong hangat diperdebatkan dalam kalangan penyokong sukan tanah air dengan majoriti masih tertanya-tanya apakah perkara dimaksudkan ratu terjun negara berkenaan.

Pandelela sebelum ini berkongsi bahawa wujudnya entiti yang mengganggu penerjun senior dan junior negara sehingga menyebabkan mereka gagal pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini.

Keputusan kurang memberangsangkan berkenaan juga menyaksikan Pandelela dan pasangan terjunnya, Nur Dhabitah Sabri kempunan layak ke Sukan Olimpik Paris dalam acara dalam acara 10m platform seirama wanita.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh