Sukan

Atlet Hulu Selangor pecah 22 rekod MSSD termasuk 2 catatan usia 14 tahun

HULU Selangor berada di landasan terbaik melahirkan atlet berbakat besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi apabila 24 rekod acara olahraga dipecahkan setakat hari ketiga kejohanan Majlis Sukan-Sukan Peringkat Daerah (MSSD) kali ke-54 bagi 2024.

Kejohanan itu yang berlangsung selama lima hari bermula 12 Ogos sehingga 16 Ogos bertempat di Stadium UPSI, Tanjung Malim menyaksikan lebih 1,000 atlet bertanding melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah.

Pada kejohanan tahun ini, sebanyak 17 sekolah menengah dan 51 sekolah rendah dari seluruh daerah Hulu Selangor mengambil bahagian.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh