BINTANG sayap negara, Faisal Halim menegaskan Harimau Malaya tidak boleh tenggelam dalam isu penggantungan tujuh pemain oleh FIFA, sebaliknya perlu memberi tumpuan penuh untuk mengesahkan tiket ke Piala Asia 2027.
Menurut pemain berusia 27 tahun itu, kegagalan layak ke pentas berprestij Asia pastinya satu tamparan besar, namun semua pemain komited menamatkan kempen kelayakan dengan keputusan terbaik.
“Sebagai pemain, kita mahu beraksi di pentas tertinggi. Apa jua keputusan nanti, kami berdoa yang terbaik supaya pasukan dapat beraksi di Piala Asia.






