NAMA Syafiq Ahmad terus mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila muncul wira bantu Kedah Darul Aman (KDA) FC meraih kemenangan pertama berdepan PDRM FC pada 11 Mei lalu.
Dalam aksi tersebut, penyerang pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya memerlukan 33 saat sahaja untuk mencetak jaringan dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25.
Namun begitu, kegembiraan penyerang berusia 28 tahun itu dijangka tidak bertahan lama apabila difahamkan Kedah kini mengalami masalah kewangan dan hayatnya mampu bertahan cuma sebulan dua.