TINDAKAN seorang lelaki Arab Saudi yang melabur sejumlah RM10,4 juta (£1.8 juta) dalam perlumbaan kuda British mengejutkan pihak terlibat.
Mana tidaknya, dia merupakan anak saudara kepada Osama bin Laden yang dikenali sebagai salah seorang pengganas tragedi 9-11, kira-kira 22 tahun lalu dan pengerusi MBL Limited, sebuah firma pembinaan yang berpangkalan di Jeddah.
Mohammed Saleh bin Laden telah menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian daripada sukan itu untuk ‘masa yang lama’ selepas menggegarkan jualan Tattersalls minggu ini dengan pembelian besar.





