SABAN tahun landskap bola sepak tanah air akan menyaksikan kemunculan banyak bakat-bakat baharu yang akan mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) sama ada mereka akan bermain di peringkat Liga Super atau Liga A1 Semi Pro.
Jika bernasib baik, ada antara bakat pemain muda berkenaan akan menjadi sorotan media lagi-lagi jika dia bermain untuk kelab yang mempunyai reputasi besar seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Selangor FC.
Bagaimanapun, status elit sesebuah kelab itu tidak menjamin setiap pemain yang sedang meningkat naik akan dipandang berikutan persaingan pasti wujud dalam kalangan ‘ubi muda’ berkualiti.





