TONGGAK pertahanan Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar mengakui dirinya bersedia untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya bagi dua aksi persahabatan akan datang.
Dia yang diletakkan dalam senarai 29 pemain dipanggil Peter Cklamovski menyatakan perkara berkenaan meskipun tahu persaingan hebat dapat disaksikan dalam pasukan yang dibanjiri pemain warisan.
“Seperti mana ramai tahu, saya baru beraksi dalam dua perlawanan kerana mengalami sedikit kecederaan. Tetapi, alhamdulillah kerana nama masih berada dalam senarai dan seperti mana kema-kem sebelum ini, saya akan berikan yang terbaik.







