Sukan

Aksi liga berlangsung Ahad, wartawan Colombia dedah penyerang warisan sertai kem HM berdepan Vietnam

KIRA-KIRA 10 hari Malaysia menghadapi Vietnam di saingan Kelayakan Piala Asia pada 10 Jun, berita positif singgah di telinga penyokong bola sepak domestik apabila penyerang warisan iaitu Rodrigo Holgado bakal tiba tidak lama lagi.

Memetik hantaran dari wartawan Colombia, Dufie Lebron, melaporkan bahawa pemain yang dicanang bakal memperkuatkan skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas itu akan menyertai kem Harimau Malaya usai menyelesaikan tugasan bersama kelabnya, America de Cali.

Holgado kini dalam persiapan untuk mewakili pasukannya menentang Independiente Medellin bagi saingan Categoria Primera A dengan pasukannya dalam misi mahu kekal di persada liga divisyen pertama Colombia itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh