SELEPAS sehari isu perlawanan membabitkan Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) ditunda buat kali kedua bagi musim ini menjadi topik perbincangan penyokong domestik, giliran Pengerusi The Bos Gaurus (TBG), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi tampil memberi kenyataan.
Situasi Stadium Perak dilanda hujan lebat itu menyebabkan keadaan padang tampil berlecak serta memboleh situasi berbahaya berlaku kepada para pemain kedua pasukan sehingga Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk menunda perlawanan.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab berkenaan pada laman Facebook rasmi, Abdul Azim memaklumkan bahawa pihaknya tidak diberikan ruang dan peluang dalam perbincangan yang kemudiannya memutuskan untuk perlawanan ditangguhkan.





