BERBAKI sebulan lagi sebelum Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 bermula, Penang FC masih giat memburu pemain baharu dalam misi untuk mengembalikan skuad Harimau Kumbang di landasan tepat selepas aksi suram musim lepas.
Penang FC yang meletakkan sasaran keputusan lebih baik dari musim lepas pastinya mendorong mereka untuk merekrut pemain berkualiti dari segala aspek dan setakat ini Harimau Kumbang sudah menandatangani dua bintang import baharu.
Dua bintang import tersebut ialah Rodrigo Dias ditugaskan untuk mengemudi jentera serangan dan pertahanan import daripada Nigeria iaitu Richmond Ankrah yang dipinjamkan selama semusim.






