Sukan

Air mata iringi lanjutan derita TRW, pesta awal JDT tertangguh

Bola Pegun kembali menemui pembaca. Kolum ini, sesuai dengan namanya mengenai situasi bola mati yang penting dalam memburu jaringan, akan cuba berkongsi sorotan mengenai suka-duka jurulatih, pemain mahupun pasukan mengejar kejayaan dalam saingan bola sepak tempatan.

GAMBARAN penjaga gol muda Kelantan FC, Muhammad Irfan Haikal Iffendi, menangis teresak-esak seusai perlawanan dengan Selangor FC di Kota Bharu, Jumaat lalu, menyimpulkan aksi minggu ke-21 Liga Super, yang turut melengahkan sedikit ‘istiadat’ menabalkan Johor Darul Takzim (JDT) selaku ‘raja’ buat musim ke-10 berturut-turut.

Sejurus pengadil Nazmi Nasaruddin meniupkan wisel panjang menandakan tamatnya malam derita buat pasukan tuan rumah, pemain-pemain skuad Kijang Merah itu dilihat bergelimpangan di atas padang. Ada yang tebaring, ada yang duduk sambil menekup muka.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.