Sukan

Ailton Silva sah tinggalkan Kelantan United

PENGARAH Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman sahkan mencapai persetujuan bersama Ailton Silva untuk bawa haluan masing-masing.

Menurut Zul Ikman, Silva terpaksa ucap selamat tinggal kerana pengendali berusia 57 tahun itu perlu segera pulang ke Brazil akibat ibunya mengalami masalah kesihatan.

Dalam pada itu, kekosongan Silva akan diisi oleh Penolong Ketua Jurulatih, Nazrulerwan Makmor yang bakal mengendalikan skuad Kijang Hijau bagi harungi baki tiga perlawanan Liga Super 2023.

WhatsApp Image 2023-11-21 at 22.25.07

Antara pencapaian terbaik Silva adalah membawa skuad Kijang Hijau mara ke separuh akhir MFL Challenge Cup 2023. — Facebook/Kelantanunitedfc

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.