TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan aduan berhubung tujuh pemain warisan yang digantung FIFA adalah dibuat susulan kemenangan Harimau Malaya ke atas Vietnam.
“Saya diberitahu oleh AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) kerana selepas kita menang ke atas Vietnam, saya dapat tahu terdapat aduan. Saya tak tahu siapa yang buat, tetapi apabila saya tanya kepada AFC, ia bukanlah daripada Konfederasi Bola Sepak Vietnam (VFF).
“Ia datang dari Vietnam, tetapi bukan dalam persatuan bola sepak mereka. Jadi, ia bukanlah Presiden atau Setiausaha Agung, itu apa yang saya diberitahu,” kata Tunku Ismail ketika satu sidang media pada Sabtu.






