SKUAD PDRM FC menjadi pasukan pertama musim 2024/2025 dikaitkan dengan masalah kewangan apabila difahamkan kem Sang Saka Biru sedang mengalami kemelut tunggakan gaji.
Hantaran terbaharu dari admin skuad Sang Saka Biru yang menulis ‘enam hmmmm’ menimbulkan spekulasi bahawa kelab Lembah Klang berkenaan berkemungkimnan mengalami tunggakan gaji mencecah enam bulan.
Ini bukan kali pertama kakitangan PDRM FC memberi petunjuk mengenai kemelut yang dihadapi susulan sebelum ini kelab itu pernah memuat naik gif dompet kosong yang seolah-olah memberi gambaran isu kewangan mereka.






