Sukan

Adib Raop mahu berguru dengan 4 bintang HM, minta nasihat Syamer Kutty sebelum ke Kelana Jaya

PEMAIN pertahanan sayap Penang FC, Adib Abd Raop akhirnya berhasil menarik perhatian jurulatih bola sepak negara, Kim Pan-gon untuk beraksi bersama Harimau Malaya bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Tonggak Harimau Kumbang itu menerima panggilan kebangsaan buat kali pertama selepas menarik perhatian Pan-gon yang hadir ke perlawanan di George Town, Pulau Pinang untuk menyaksikan Adib beraksi menentang Terengganu pada Ahad lalu.

“Penolong jurulatih, E. Elavarasan menghubungi saya beberapa hari selepas perlawanan. Rakan sepasukan saya mengucapkan tahniah kepada saya di bilik persalinan dan saya kehilangan kata-kata. Impian saya akhirnya menjadi kenyataan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.