MASA depan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super tampak samar selepas pemiliknya, Tan Sri Daud Bakar mengakui kelabnya cuma ada sebulan, dua saja untuk terus ‘hidup’.
Ini berikutan ketiadaan penaja utama buat Kedah musim ini dan kerana itu, Sang Kenari berpotensi berdepan satu lagi kempen panjang disebabkan masalah kewangan.
Malah, Daud juga pernah mengatakan agar semua pihak membantunya supaya Kedah dapat diselamatkan daripada terus dibelenggu masalah kewangan.