Sukan

‘Ada rezeki jumpa lagi’, tonggak TFC ucap selamat tinggal kini dicanang ke Lembah Klang, Kedah

TANPA membuat penampilan dalam sebarang perlawanan musim ini, pemain sayap Terengganu FC (TFC) iaitu Hakimi Abdullah difahamkan bakal meninggalkan skuad Sang Penyu pada jendela perpindahan kedua nanti.

Walaupun kenyataan rasmi tidak dikeluarkan lagi oleh pasukan Terengganu namun pemain sayap kiri berkenaan sudah memuat naik ucapan selamat tinggal kepada penyokong dan rakan sepasukannya.

Ucapan selamat tinggal yang bertulis ‘untuk yang terakhir dalam skuad, selamat tinggal TFC ada rezeki jumpa lagi’, itu dimuat naik oleh Hakimi menerusi Insta Story miliknya pada Rabu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.