SELANGOR Pistons sudah menunjukkan kebersediaan untuk mengharungi cabaran Kumpulan C dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Perak yang akan membuka tirai pada 9 Oktober nanti.
Kelab dari Lembah Klang yang diundi dalam Kumpulan C bersama juara musim lalu, Perak Bison dan PDRM Defenders dilihat tidak tertekan dengan jadual peringkat kumpulan itu.
Menariknya Kumpulan C GP Perak kali ini, Selangor Pistons dan Perak Bison boleh dianggap ‘jodoh kuat’ apabila bakal bertemu untuk kali ketiga selepas sebelum ini bertemu di GP Selangor dan GP Terengganu dalam peringkat kumpulan.








