PENYERANG sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid dilaporkan ‘naik angin’ terhadap seorang penyokong bola sepak tanah air selepas individu berkenaan menegurnya untuk terus menjaga kualitinya jika terus mahu menyarung jersi Malaysia.
Menerusi ruangan komen di Instagram Akhyar, penyokong dengan nama akaun emierdanish02 berkenaan menulis ‘gambar bukan kaleng-kaleng. Kalau tidak boleh pertahankan tempat di skuad Harimau Malaya, ucap selamat tinggal kepada panggilan pasukan kebangsaan’.
Komen tersebut ditulis pada hantaran terbaharu Instagram pemain Terengganu FC (TFC) itu, yang menyaksikan Akhyar berkongsi foto menghadiri acara fesyen bersama isterinya iaitu Eyka Farhana atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi.






