Sukan

20 pasukan korporat berentap merebut gelaran juara WCGC Malaysia, bakal wakili negara ke China

KEJOHANAN Cabaran Golf Dunia Korporat (WCGC) Malaysia bakal melabuhkan tirainya apabila 20 pasukan korporat terpilih mewakili 20 syarikat ternama bersedia berentap di pusingan akhir yang akan berlangsung di padang golf berprestij, Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.

Acara kemuncak tersebut bukan sahaja akan memperlihatkan persaingan bertaraf tinggi, malah meraikan semangat perpaduan dalam sukan, perniagaan dan persahabatan.

Hadiah utama menanti juara nasional yang akan membawa nama Malaysia ke Final Dunia WCGC di Shanghai, China yang dijadual berlangsung bermula 19 hingga 23 Oktober 2025.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh