PENGARAH veteran Murali Abdullah mendedahkan dia kini berdepan ujian hidup apabila tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan sejak lebih setahun lalu susulan pelbagai komplikasi kesihatan yang kronik dialaminya.
Murali, 66, berkata keadaannya bertambah rumit apabila bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) terhenti selepas timbul masalah membabitkan proses permohonan semula.
"Saya tak ada apa-apa sumber pendapatan. Mula-mula ada kawan bantu saya, tapi dia sudah sakit.







