ADA pelanggan yang membayar tepat hingga ke sen terakhir, dan tidak kurang juga memilih untuk menggenapkan jumlah bayaran bagi memudahkan urusan pekerja servis penghantaran.
Walaupun perbezaannya mungkin hanya beberapa sen, gelagat pelanggan yang memilih kaedah bayaran tunai ketika pesanan dihantar (COD) itu menjadi antara perkara yang mencuit hati seorang rider sepanjang menjalankan tugasnya.
Berkongsi pengalaman tersebut, katanya kebanyakan pelanggan lelaki akan menggenapkan bayaran berbanding golongan wanita.

Rider perlu bersikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasan. -Gambar hiasan AI



