PENYANYI Naqiu memberitahu dia bersama pihak pengurusannya terpaksa menolak beberapa tawaran mengadakan konsert atau persembahan berskala besar disebabkan rasa kurang yakin dalam diri.
Kata Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 40, keraguan itu timbul kerana dia merasakan masih belum mempunyai cukup lagu popular untuk dipersembahkan di hadapan peminat dalam sebuah acara besar.
“Sejak tiga tahun kebelakangan ini memang ada beberapa pengurus acara (EO) yang datang dan menawarkan saya buat konsert termasuk bersama kumpulan Boboy.

Naqiu kini terbuka untuk tawaran konsert.





