PENYANYI dan komposer Aisha Retno tidak menganggap dirinya tamak meskipun bakal menjayakan dua komitmen besar yang berlangsung dalam tempoh sama.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, sebaliknya menyifatkan setiap peluang yang diterima adalah rezeki dan wajar dimanfaatkan selagi dia mampu memberikan komitmen terbaik.
“Tak adalah (tamak). Bagi Aisha, rezeki ada di mana-mana. Selagi mampu, kita galas.

Aisha sentiasa ada perancangan untuk setiap tawaran.






