Hiburan

Juliana Evans umum kehamilan ketiga, bakal dapat anak lelaki

PELAKON Che Puan Juliana Evans berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki bagi kehamilan anak ketiganya.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Juliana Sophie Johari Evans, 36, memilih untuk mengadakan majlis pendedahan jantina secara ringkas dan santai bersama suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah dan anak sulung mereka.

Momen istimewa itu diraikan menerusi acara memotong kek bersama-sama sebelum mendedahkan bahagian dalam kek tersebut yang berwarna biru sebagai simbolik kehadiran bayi lelaki.

Hantaran Juliana Evans di Instagramnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh